Tino rangatiratanga
Tino rangatiratanga

Tino rangatiratanga

Tino rangatiratanga [ti-no ra-nga-ti-ra-ta-nga] adalah istilah bahasa Māori yang boleh ditafsirkan sebagai 'kedaulatan mutlak'. Ia muncul dalam teks versi bahasa Māori Perjanjian Waitangi yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak British dan Maori (rangatira) pada tahun 1840. Isu yang dirujuk ini telah menjadi salah satu perkara yang paling kontroversi dalam analisis retrospektif Perjanjian, terutamanya mengenai kewajipan yang dipersetujui oleh setiap pihak penandatangan.[1][2]Pertelingkahan dalam pentakrifan konsep yang diwakili istilah ini merupakan memainkan peranan utama dalam perbincangan semasa mengenai isu-isu sejarah dan politik - terutamanya hubungan antara kaum peribumi (yakni orang Māori) dan bukan peribumi (yakni keturunan pendatang dari Eropah) - di New Zealand. Ia digunakan secara meluas oleh kumpulan yang memperjuangkan hak-hak saksama untuk masyarakat Māori terutamanya.